Pengenalan

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) yang telah mencetuskan konsep Rumah Ngaji ini adalah organisasi tanpa keuntungan. Peranan Yayasan WUI adalah untuk mengajak masyarakat kembali kepada Al-Quran melalui konsep dan sinergi dalam hasrat membawa masyarakat untuk baca, faham dan amalkan Al-Quran sehingga lahir akhlak sebagai muslim sejati;

Bantuan kewangan di dalam menjalankan projek ini adalah atas usaha pengusaha Rumah Ngaji.

Yayasan WUI tidak menyediakan sebarang peruntukan kewangan kerana yayasan sendiri bergerak atas tajaan individu dan dana sumbangan orang ramai.

Pihak Yayasan WUI akan memberi sokongan dalam bentuk promosi Rumah Ngaji, perkongsian pengalaman, sinergi sesama pengusaha serta pelajar dan latihan jika perlu.

Semoga usaha murni ini dapat mengukuhkan lagi kesatuan hati dalam usaha melahirkan masyarakat yang berakhlak sesuai tuntutan yang dinyatakan di dalam Al-Quran, In shaa Allah.

visi

Mewujudkan masyarakat yang
BACA, FAHAM, AMAL AL-QURAN

misi

“MEETING POINT – BODY, MIND, SOUL”

“BACK TO BASIC”

Membawa Al-Quran dan mesej Al-Quran ke hati dengan memberi khidmat percuma kepada masyarakat

matlamat

KARAKTER MUSLIM SEJATI HASIL MINDSET DAN JIWA AL QURAN

PENDAFTARAN KOMUNITI RUMAH NGAJI

Ingin menjadi rakan sinergi Rumah Ngaji?

Aktifkan Rumah Ngaji anda dengan mendaftar disini: