Perkongsian Puan Aenn Khairi

Bismmilahhirrahmannirrahhim..

 

Dengan Nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang. Syukur Alhamdullilah dengan peluang yang diberi oleh pihak RumahNgaji untuk perkongsian #CeritaNgaji Pada bulan Rejab yang lalu, dua bulan sebelum bertemu bulan Ramadhan Kareem.. saya menerima satu perkongsian dari laman sosial Instagram.

Sebelum bertemu dengan Ramadhan Kareem, bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya. Saya mula terkesima dan termenung jauh. Cukup ke amalan aku atas bumi Allah ini? Saya perlu berhijrah dari zaman yang saya anggap Jahiliyah, sedangkan saya bertudung litup dan labuh tapi amalan hanya memenuhi rukun islam.

Hati masih tidak tenang, atau senang cerita pura-pura tenang di depan manusia. Bahagia di hati tetapi Allah lebih mengetahui. Saya perlu buat sesuatu, saya tidak mahu Ramadhan saya untuk tahun ini hanya pahala puasa. Mulai dari Rejab saya dekatkan dengan Quran, solat sunnat dan zikrullah. Saya cuba istiqomah. Setiap hari saya amalkan surah-surah amalan Rasullulah dan Alhamdullilah sedikit demi sedikit ketenangan mula datang.

Selepas itu, saya tertarik untuk mengetahui dan mengkaji isi dan peringatan yang Allah swt beri dalam Quran. Saya mulai belajar tafsir quran. Setiap helai demi helai, rasa seperti tertampar di muka sendiri. Allahu.. kerdil rasa diri. Hinggalah saya bertemu Ramadhan, saya anggap tahun ini adalah Ramadhan yang paling indah selama 28 tahun saya hidup atas muka bumi Allah. Walaupun saya berkerjaya, seorang isteri dan juga ibu.

Saya cuba pastikan saya khatam satu juzuk sehari selama dibulan Ramadhan dan menghayati setiap satu ayat-ayat Allah. Malam saya bangun bertahajud minta Allah tetapkan saya atas jalan ini.

Walaupun penat, Alhamdullilah saya tahu setiap amalan dan kebaikan ada ganjaran besar Allah swt beri di Akhirat nanti. Al-quran comel saya kini adalah barang wajib saya bawak ke mana-mana termasuklah ke pejabat.

Itulah bahan bacaan penting saya setiap masa dan setiap hari. Kini, saya masih mencari dan mencari ilmu Allah untuk hati saya sentiasa dekat denganNya. In syaa Allah