Rumah ngaji Sheikh Rasah kemayan khusus untuk oku

Rumah ngaji Sheikh Rasah kemayan khusus untuk oku

Rumah Ngaji Sheikh Rasah Kemayan di Seremban sangat istimewa kerana dibuka khusus untuk anak-anak OKU.

Salah seorang pelajar yang disantuni di Rumah Ngaji ini.

Rumah Ngaji ini mula beroperasi pada Ogos lalu, kini mempunyai lebih kurang 20 pelajar yang terdiri daripada golongan OKU berusia antara 7 hingga 22 tahun. Ada kalangan pelajarnya penghidap Austisme, Down Syndrom, buta dan masalah pembelajaran.

Buat masa ini Rumah Ngaji ini menyediakan dua tenaga pengajar yang mahir dalam bidang pengajian bacaan dan mengajar Al-Quran disediakan khas untuk membantu dan mengajar anak-anak yang mengikuti kelas ini secara percuma.

Menurut Penyelaras Rumah Ngaji Negeri Sembilan, Gharizah Hashim, Rumah Ngaji ini adalah banglo yang diwakafkan oleh seorang penduduk tempatan.

Anak-anak di sini juga dididik untuk membaca doa

“Alhamdulillah insan berhati mulia ini mewakafkan banglo yang cukup luas ini dan kita manfaatkannya untuk anak-anak istimewa sekitar Negeri Sembilan.

Inilah banglo yang diwakafkan sebagai Rumah Ngaji Sheikh Rasah Kemayan tempat anak-anak OKU menimba ilmu Al-Quran,

Kelas pengajian diadakan setiap Isnin hingga Khamis untuk Huffaz Asyraf, bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Kelas QurAnis pula diadakan pada sebelah petang setiap Isnin hingga Khamis dari 2.30 hingga 4.30 petang.

Facebook Comments

Leave a Comment