REHLAH KELUARGA BERSAMA AL-QURAN

REHLAH KELUARGA BERSAMA AL-QURAN

JOHOR BAHRU: Rumah Ngaji Johor pertama kali mengadakan aktiviti berkelah bersama al-Quran melalui program Baca, Bincang Quran (BBQ) di Hutan Bandar, Johor Bahru pada 12 November lalu.

Timbalan Pengerusinya, Roziah Kamal berkata, kebiasaan majlis ilmu diadakan di dalam ruang tertutup seperti masjid, surau dan dewan. Namun pendekatan BBQ ini mengajak orang ramai untuk rehlah bersama keluarga di samping memanfaat waktu untuk menimba ilmu agama.

“Lebih 40 peserta daripada 15 keluarga mula berkumpul di Hutan Bandar seawal jam 7.30 pagi. Persekitaran lokasi yang diliputi hutan ini mewujudkan suasana menyegarkan, tenang dan damai.

“Pengisian program selama sejam ini dibawakan oleh Ikon Rumah Ngaji Johor, Datuk Halim Hafidz. Beliau yang juga Ikon Belia Negeri Johor dan popular slogannya #dakwahsantaitapisantai telah berkongsi ilmu dalam sesi tadabbur dan tazakkur Surah Luqman ayat 12 hingga 19.

Halim berkongsi ilmu dalam sesi tadabbur dan tazakkur Surah Luqman.

“Halim turut mampu menarik minat remaja untuk turut sama berhenti sejenak dan memahami maksud Al-Quran.  Aktiviti santai tersebut dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping berinteraksi dengan al-Quran untuk baca, faham dan amal.”

Beliau menambah Rumah Ngaji Johor akan program BBQ sebagai aktiviti program BBQ untuk masyarakat lebih dekat dan mendalami al-Quran secara santai sekeluarga. Ini selaras dengan kempen #savingfamilies di bawah My Family #QuranHour dalam menyedarkan orang terhadap kepentingan al-Quran sebagai panduan  keluarga.

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kempen MyFamily #QuranHour bersama Rumah Ngaji Johor, sila layari laman sosial Rumah Ngaji Johor atau #rumahngajijohor. Untuk pertanyaan sila hubungi  013-7222165.

Halim dan peserta BBQ menyokong kempen My Family #QuranHour.
Peserta kanak-kanak dan remaja turut sama memeriahkan rehlah pagi itu.
Mengadakan aktiviti BBQ berinteraksi dengan al-Quran di Hutan Bandar.