FAQ

+ APAKAH RUMAH NGAJI ?

o Rumah Ngaji ialah salah satu platform untuk orang ramai belajar Al-Quran bermula dari peringkat asas. Rumah Ngaji ditubuhkan dengan satu tujuan iaitu ingin memberi pendidikan al-Quran kepada orang ramai agar masyarakat lebih dekat dan cintakan al-Quran, dalam masa yang sama menjadikan al-Quran sebagai landasan dalam kehidupan. Rumah Ngaji adalah kelas pengajian Al-Quran percuma untuk masyarakat dengan tajaan komuniti setempat. Tajaan yang diperlukan adalah dari segi tempat (set-up Rumah Ngaji), guru, utiliti, kit pengajar dan untuk kawasan yang tidak mampu adalah buku pelajar.

o Dari sudut misi, kita hasratkan agar Al Quran ini kita baca, fahami, hayati dan amalkan sehingga lahir akhlak sebagai Muslim Sejati. Oleh kerana itu, modul dan isi kandungan yang dijalankan di Rumah Ngaji perlu; dari tidak boleh baca Al Quran ke boleh baca, Insha allah dan modul untuk mencintai, fahami, hayati dan amalkan Al Quran melalui latihan Mukjizat Al Quran, Ibrah, Tadabbur & Tazakkur.

+ APAKAH RUMAH NGAJI TERBUKA UNTUK ORANG LUAR?

o Rumah Ngaji terbuka untuk sesiapa sahaja. Kami mensasarkan masyarakat yang berumur 6 hingga 70 tahun untuk mengikuti kelas-kelas yang kami jalankan. Namun, bergantung kepada setiap Rumah Ngaji untuk menentukan
had umur.

+ ADAKAH PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH RUMAH NGAJI BERBAYAR?

Program-program yang ditawarkan oleh Rumah Ngaji adalah percuma. Namun, ada beberapa kos yang biasanya perlu ditanggung oleh peserta seperti buku untuk sesi pembelajaran kerana buku disediakan oleh pihak luar.

+ APAKAH KONSEP RUMAH NGAJI ?

o Rumah Ngaji boleh dibuka sama ada di pejabat,lot kedai,rumah persendirian, masjid atau surau

+ APAKAH RUMAH NGAJI MENGGUNAKAN TEKNIK-TEKNIK TERTENTU?

o Rumah Ngaji menggunakan dua kaedah yang dirasakan mudah untuk peserta. Kaedah biasa yang digunakan setiap Rumah Ngaji ialah kaedah Al Badar dimana menggunakan konsep selawat Badar dalam sesi penbelajaran. Dengan kaedah al-Badar ini, pelajar dapat menguasai asas al-Quran dalam masa 3 hari. Insha Allah.

o Salah satu lagi kaedah yang digunakan ialah teknik Cordobana. Namun, teknik yang digunakan adalah bergantung kepada setiap Rumah Ngaji. Ini kerana, setiap guru yang dilantik mempunyai cara dan kreativiti sendiri
untuk mengajar.

+ BAGAIMANA INGIN MENDAFTAR SEBAGAI PESERTA?

o Untuk mendaftar sebagai peserta, boleh berhubung terus dengan Rumah Ngaji terdekat dengan kawasan tempat tinggal. (Serahkan info / contact number tentang Rumah Ngaji yang paling dekat dengan kawasan tempat tinggal).

+ BAGAIMANA JIKA BERMINAT UNTUK MEMBUKA RUMAH NGAJI?

o Jika berminat untuk membuka Rumah Ngaji di kawasan anda, anda hanya perlu pastikan bahawa anda punya tempat dan guru ngaji. Anda juga perlu mengisi borang permohonan untuk membuka Rumah Ngaji bagi rekod dan
perhatian dari pihak kami. Sila layari ke ruang DAFTAR didalam laman web ini.

+ ADAKAH GURU NGAJI DISEDIAKAN OLEH PIHAK YAYASAN WARISAN UMMAH IKHLAS?

o Kami mencadangkan agar guru ngaji adalah daripada pihak tuan/puan sendiri. Ini adalah untuk memudahkan pengurusan pihak tuan/puan yang ingin membuka Rumah Ngaji.

+ ADAKAH GURU NGAJI DIBAYAR GAJI OLEH PIHAK YAYASAN WARISAN UMMAH IKHLAS?

o Tidak

+ APAKAH BANTUAN DAN SOKONGAN DARIPADA YAYASAN WARISAN UMMAH IKHLAS?

o Penggunaan logo “Rumah Ngaji” sebagai misi bersama.
o Kami akan berkongsi kaedah mudah Baca Quran, Fahami Al Quran yang kami gunakan tetapi tiada paksaan. Asatizah yang mendapat tauliah boleh menggunakan cara mereka, asalkan matlamat sampai dan ianya seiring dengan visi dan misi Rumah Ngaji.
o Yayasan WUI melaksanakan latihan Train The Trainer melalui kos minima bagi melatih kaedah pandai Al Quran dalam tempoh 3 hari. Sekiranya terdapat tajaan tempat, kit pengajar dan makan minum, Yayasan mengadakan secara percuma kepada para asatizah.
o Kepada semua yang ingin membuka Rumah Ngaji, boleh emailkan permohonan kepada Sekretariat Rumah Ngaji di : maslinda@karangkraf.com