GAMBAR RUMAH NGAJI NEGERI

RN AISH KARIMAH - 3 MAJLIS

Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana dengan izinNya  telah berlangsung tiga majlis ilmu serentak di Rumah Ngaji Aisy Karimah dan Tahfiz Al-Quran As-Syarif di Kuala Kangsar. Seronok melihat golongan dewasa dan pelajar2 menuntut ilmu di bawah bumbung yang sama. Semoga turunnya rahmat Allah dan limpahan kasih sayangNya terhadap insan2 yang menuntut redhaNya.

PELANCARAN MYFAMILY #QURANHOUR

Rumah Ngaji @Aish Karimah merupakan Rumah Ngaji Pertama di Perak melancarkan MyFamily #QuranHour di samping sambutan 1 Muharam 1440H lalu.
Doa dan solat jemaah dipimpin oleh Ketua Pelajar Tahfiz As Syarif
Adik Azree Zameel b Norazlian.
Manakala Tausiah mengenai Sejarah Penghijrahan Nabi Muhammad Rasulullah SAW dan pelancaran Kitab Hadith Bahrul Mazi karangan Al Marhum Sheikh ldris Al Merbau.
Pelancaran My Family #QuranHour dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab Al Linggi. Seramai 110 org peserta hadir di majlis llmu ini.