Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana dengan izinNya telah berlangsung tiga majlis ilmu serentak di Rumah Ngaji Aisy Karimah dan Tahfiz Al-Quran As-Syarif di Kuala Kangsar. Seronok melihat golongan dewasa dan pelajar2 menuntut ilmu di bawah bumbung yang sama. Semoga turunnya rahmat Allah dan limpahan kasih sayangNya terhadap insan2 yang menuntut redhaNya.